Aku tahu, ujian itu tanda Allah sayang. Nabi Muhammad yang darjatnya begitu mulia juga lagi hebat diuji. Yes, this is dunya, medan ujian. Tapi adakalanya terlalu berat untuk aku sembuh dari luka ditimpa ujian. Aku akui, apa yang aku alami harini adalah sebahagiannya daripada kesan luka masa lalu.
Aku terlihat seperti tidak peduli terhadap apa yang telah berlaku. Namun hakikatnya aku terlalu peduli tentang segalanya. Aku cuma ingin terlihat kuat di hadapan orang terdekatku. Ya aku menafikan perasaanku pada suatu ketika dahulu. Natijahnya, aku terlalu sakit sekarang. Sakit bagai separuh gila. Sakit yang tidak nampak lukanya.
Orang-orang sentiasa anggap hati aku lembut kerana aku mudah mengalirkan airmata. Sebenarnya terlalu banyak beban airmata yang aku simpan. Ketika mana beban di dada sudah tidak tertahan maka dengan mudah ia mengalir.
Ya Allah, aku ingin bahagia dengan kesayangan-kesayanganku. Masa laluku begitu kejam kerana masih tidak melepaskanku. Bantu aku ya Allah, sembuhkan aku. Aku tidak mahu menjadi lemah kerana suami dan anak-anakku inginkan aku menjadi isteri dan ibu yang ceria dan bahagia.
Pujuklah hatiku dengan petunjukmu ya Allah. Aku yakin bahawa engkau tidak akan pernah mensia-siakan harapan dan doa hamba-Mu ya Rahman.
