Assalamu'alaikum dan Salam Aidiladha :)
Sempena hari raya korban harini saya nak ambil peluang berkongsi sedikit pendapat tentang pengorbanan.
Apabila tibanya hari raya aidiladha, kita seringkali diingatkan tentang kisah di antara Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Terlalu banyak ibrah yang boleh diambil daripada kisah tersebut. Ketinggian cinta Nabi Ibrahim a.s kepada Allah serta tingginya pengabdian yang ditunjukkan dapat dijadikan contoh kepada seluruh umat Islam sepanjang zaman.
Tanya diri, apakah pengorbanan yang telah kita lakukan demi mencapai keredhaan Allah? Adakalanya terlalu banyak perkara didahulukan berbanding Allah. Sekecil-kecil perkara yang dikira sebagai pengorbanan kadang-kadang kita sendiri terlepas pandang sebagai contoh, kita mendengar azan tetapi kita masih sibuk melayan kehendak nafsu kita untuk menghadap perkara-perkara yang melalaikan dan memilih untuk menangguhkan solat.
Kita mungkin sekali tidak mampu melakukan pengorbanan seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s namun apakah sekecil-kecil hal yang dilakukan semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah itu tidak dikira sebagai pengorbanan?
Semoga kita sama-sama dapat meneladani kisah Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail a.s.
Assalamu'alaikum :)
elsakeenah
No comments:
Post a Comment